Muzik Dan Sejarah
Alat Muzik Modern Dan Tradisional
Accordion alat muzik berbentuk kotak daripada keluarga bellow-driven
free-reed aerophone kadang kala di rujuk sebagai squeezebox (kotak
picit). Bunyi accordion datang dari udara yang dimampat & dikembang
mengguna bellow semasa butang atau key ditekan menyebabkan udara
bergerak & menggetarkan strip besi (reed) mengeluarkan bunyi dari
dalam badan alat muzik itu. Prinsip nya sama seperti alat & nama
purba harmonikos --harmonika Greek bermaksud music. Accordion, alat
muzik biasa diguna dalam muzik folk (rakyat) & tradisional Eropah
& seluruh dunia. Ia juga tergolong dalam keluarga Sheng & Khaen
di china & Indochina (Asia timur). (menyerupai sompoton juga
seruling dayak). Bentuk asal accordion dicipta di Berlin 1822 oleh
Christian Friedrich Ludwig Buschmann, Pada abad ke 19 accordion mula
sampai ke India menjadi alat muzik harmonium India & asia tenggara
dibawa orang Eropah & perlahan-lahan meresap masuk kedalam
permainan muzik tradisi tempatan. seperti joget, zapin & dondang
sayang.